Saturday, 22 December 2012

D.U.I.T

Assalamualaikum w.b.t. Lama betul tak update blog,Nervous pulok rasenya..haha.
Sebut pasal duit, orang semua gila. Ada yang sampai sanggup jadi hamba duit, pekerja duit, kuli duit dan seangkatan dengannya. Penting sangat ke duit sekarang? GILA TAK PENTING?
Tapi ada 'RUMORS' yang aku dengar mengatakan nilai duit yang dicop pada wang kertas dengan gambar raja-raja,gambar pemimpin yang 'handsome-handsome' akan jatuh teruk menjelang 2018,KALAU TAK SILAP LA...Sampai kerajaan tak mampu nak bayar kakitangan sendiri masa tu..betul atau tak aku pun tak pasti,NOT SO SURE LA orang putih cakap.

Tapi aku bukan nak cerita pasal duit = wang, aku menaip sekarang ni nak cerita sikit apa yang ustaz aku pesan pada aku masa aku tingkatan 3 dulu, KLASIK kan...KAHKAH..

Dia cakap "Antara kunci untuk mencapai kejayaan:-
D - DOA
Penting ni...Sampai boleh dikatogerikan sebagai senjata yang paling berjaya..yang paling SUKSESS SUKSESS..Tuhan pun suka kita Berdoa pada dia...Tak kira lah waktu senang atau susah..(Bila senang Ucap lah Alhamdulillah)...Meh-meh nak share sikit...
Waktu yang Paling mustajab untuk berdoa:-
  1. Masa sujud dalam rakaat terakhir solat kalau subuh rakaat kedua, kalau zohor rakaat keempat, kalau asar pun sama rakaat keempat,maghrib rakaat ketiga dan isyak rakaat keempat. tapi kena ingat,masa sujud tu jangan sesekali keluarkan sepatah perkataan atau lisan, cukuplah sekadar hati kita yang mendengar sebabnya kalau kita berdoa dalam lisan dikhuatiri solat kita terbatal pulak, cuba lah searh dekat jabatan kemajuan Islam,Kalau ada info share-share la sikit:)
  2. Masa permulaan hujan turun, benda ni ustaz aku juga yang bagi tahu. Dia kata waktu ni mustajab berdoa sebab hujan yang turun adalah rahmat dari Allah S.W.T. So pada mereka-mereka yang suka maki-maki bila hujan turun, cubalah berubah,peringatan ini juga untuk aku yang lemah ini:)
  3. Masa pukul 12 malam keatas, atau sepertiga malam if not mistaken. Maksudnya korang cuba lah rajin-rajinkan bangun malam untuk berdoa pada yang esa semoga dipermudahkan segala urusan yang ada..
So ini lah sedikit sebanyak tentang DOA yang aku dapat kongsi, Ilmu pun tak seberapa, banayk lagi yang kena belajar:)

U - USAHA
HAA, ni pun penting ni. Kalau asyik doa siang malam siang malam siang malam tapi usahanya tak ada, macam mana Allah nak tolong?Allah takkan mengubah nasib hambanya MELAINKAN!!dia yang mengubah dirinya sendir.:)

I - IKHTIAR
Bila da doa,dah usaha,kita kena la ada ikhtiar atau mencuba.Mencuba ni penting tau.Ramai orang sekarang belum cuba dah kata tak boleh.(AKU PUN MACAM NI JUGAKLAH).Ada orang cakap, Susah tu adalah  perkataan psycho yang bahaya. So apa kata lepas ni kita cuba kata "apa yang bakal aku lakukan,aku boleh lakukan,InsyaAllah.:)

T - TAWAKAL
Last sekali,TAWAKAL, atau berserah padanya. Kita merancang tuhan yang tentukan. So kalau ada rezeki kita,Tuhan lorongkan kita jalan macam tu kita tak ada kuasa lagi dah sebab apa?sebab kita dah buat yang tiga tadi. meh2...AMALKAN AYAT NI KETIKA KELUAR RUMAH!!

بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
maksudnya: Dengan nama Allah, aku berserah diri padanya dan tidak ada kekuatan kecuali datang daripadanya.

Ayat ni InsyaAllah boleh lindungi kita,(DAH LA DAPAT PAHALA,DAPAT PAYUNG PERLINDUNG LAGI,UNTUNGNYA LA HAII BADAN..)



SO, kesimpulannya, Memang Benarlah D.U.I.T itu penting;)




Saturday, 25 February 2012

DUGAAN!!

Boleh tak korang kongsi dengan aku??
Kalau la dugaan datang kat korang secara tiba2 kat korang semua..korang buat apa?
Boleh x korang selesaikan dengan cara yang terbaik?
Korang rasa korang boleh x?
OPSSSSS...LUPA!!
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATU!!:)
Sambung balik...Boleh tak?
Pernah x berhadapan dengan situasi macam ni...
SITUASI 1:
JOHNY:GENG!!AKU INGAT AKU MALAS LA NAK PERGI MENYAMUN LAGI..AKU NAK  CUCI TANGAN LA..
JONATHAN:OK LA...GUA PAHAM!!
DALAM MASA YANG SAMA!!
JONATHAN(CKP DALAM HATI):MESTI NAK JADI BARUA NI...ENTAH DEKAT SAPE LA DIA NAK REPORT NI...TAK PUN DIA NAK PERGI MENYAMUN DENGAN GENG LAIN...TUNGGU LA...KALAU WA DAPAT TAHU DIA KENCING2 GUA,DIA GUA SAMUN BALIK...

Pernah tak?
Macam mane agknya nak selesaikan masalah ni?
Korang ada idea x?
Kalau ada pleaseeeeee...share la dengan aku...

OK OK...ada lagi...
SITUASI 2:
IP MAN:WEY JACK..APE PENDAPAT KAU TENTANG SIPOLAN BIN SOPALAN TU?
AKU TENGOK DIA TU SEKOLAH X NAK...MENOLONG TAK NAK...DIA SUSAHKAN MAK BAPAK DIA JE..
JACK:TU LA WEY...BILA ABANG2 DIA PUKUL,DIA CAKAP ABANG2 DIA X SAYANG DIA..WEY...AKU DENGAR DIA TERUK AW WEY...
IP MAN:TU LA...AKU SELALU NMPAK DIA MERAYAU2 MALAM2...ENTAH MANE LA DIA PERGI ENTAH...

KALAU KORANG BERADA KAT SITUASI "ABANG" TU...KORANG NAK BUAT APE?


Aku pon manusia biasa!!
Aku bukanlah sempurna!!

Jadi aku harap apa yang aku cakap ni korang fikirkan bersama & kalau boleh share lah cara yang berkesan dan terbaik untuk korang selesaikam masalah2 korang:)

Friday, 23 December 2011

Antara Berani & Pengecut !

Assalamualaikum and hello guys....
hahahahaha...today im gonna use english pasar language to turn your head upside down..
hahahahahha...(DONT LAUGH AT ME,ATLEAST IM TRYING MY BEST TO TYPE IN ENGLISH RiGHT??..-.- )
So,First at all.
How are you my dear readers?
is nothing happened to you in your past day?
If nothing happened,dont be shy just leave a comment,SO I CAN SOLVE IT(CEHHHH)
haaaaaaa...am i brave?i think i do.i was brave enough..even my vocab is realy poor but still,IM TYPING IN ENGLISH..HAHA..
ENOUGH!!
ACTUALLY,im gonna tell a little bit about brave and still curious what is really the meaning of BRAVE?
How can there are philosophy tell that "without brave,we can't do anything"..
how can?its always playing in my mind.
OK,Lets going through with my opinion about BRAVE!
Dont you think?with brave can make us more strong also can harm our self too?
lets take a simple example,Its me,im always brave to do what i want to do,but there's a risk in the brave,no matter it's harm from inside or outside it's surely can harm us.AM I RIGHT?AM I?
ahhhhhhhh,its such a nonsence speach i make i think:(
See,I think im felt a little coward now...
COWARD!!
Some people use coward to avoid a danger,to avoid that anything can make us totally lifeless.So i think im run out of ideas..leave a comment..give a little sight of this topic to help me more understand what actually are meen by this 2 words.

Thursday, 8 December 2011

Orang tak suka jangan dipaksa:)

SALAM:)
Pernah kene?Menyirap tak?Kalau dah tak suka kene paksa-paksa?
ehhh.....Rimas la kan..Tu kalau kita yang dipaksa,kalau orang lain yang dipaksa...haa...
KITA NI MANUSIA...TAK BOLEH TERLALU PAKSA AND TAK BOLEH JUGAK LANGSUNG TAK PAKSA....

Jom,aku story sikit...Ade seorang hamba Allah ni.
Dulu masa dihantar ke sekolah agama,Dia tak suka,Yelakan,Paksaaan ibu bapa la katakan..Masa tu nak melawan sngat pon tak boleh sebab budak lagi...

Bila masuk sekolah tu dia berusaha untuk dibuang dari sekolah tu,Dia smoke dalam sekolah,dalam asrama,Dia buat hal itu,dia buat hal ini,Tapi dia tak pernah ajak orang lain untuk buat semua tu...Orang cakap macam lone ranger la...SEBABNYE??
Dia tak nak kawan2 dia pon jadi macam dia...

Sampai la tingkatan 3,Dia berjaya jugak keluarkan hidup dia dari Asrama sekolah agama tu,Yelakan,budak baru nak kenal erti hidup...Nak kan sangat kebebasan...

Bila dah keluar,dia still pergi seklah meneruskan kehidupan dia macam biasa.Sampai la PMR,dia diahantar oleh orang tua untuk kesekolah...Dipendekkan cerita,Bila result dah keluar dia tak terkejut dengan result dia sebab dia taw usaha yang dia lakukan tu setimpal dengan apa yang dia dapat,CUMA,dia betul-betul cemburu dengan kawan2 dia yang dapat result meletup,Majority plak yang dapat result baik tu semua kawan dia...Lepas amek je Result dia terus Balik sebab Malu...

SEKARANG NI,DIA BETUL-BETUL CEMBURU DENGAN KAWAN-KAWAN DIA YANG BELAJAR KELUAR NEGARA BERBANDING DENGAN DIA HANYA DI POLITEKNIK...DIA TAK BERJAYA NAK MEMBUAT IBU DAN BAPA DIA BANGGA DENGAN SEORANG ANAK SEPERTI DIA...
TAPI,POLITEKNIK PON OK JUGAK KAN;)

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH...
USAHA TANGGA KEJAYAAN...
MANA ADA KEMAHUAN,SITU ADA JALAN...
MANA PUN JASAD AKU TERTANAM,AKU TETAP AKU:)

Tuesday, 6 December 2011

Gadis Dambaan:)

SALAM:)
Hehe....Nak cerita pasal Gadis boleh?
Haha...Aku punya blog,so,do i care??HAHAHA...
PUJAAN HATI....http://www.youtube.com/watch?v=Pvaovoc_puM
Cuba dengar sikit lagu kat atas tu...hehe...macam bangang je aku an...HAHAHAHHAAHA....

Susah la nak cerita pasal gadis ni...malu la...hahahaha....
aku suka kat dia...tapi kan...bila aku tanye dia tak nak jawab...:(
Sampai hati dia....aku pegang dia...aku tanye...kau suka kat aku tak...pleasee....jawab honestly:(
Tapi dia jawab meowwwwwwwwwww.....
Sampai sekarang aku tak faham ape maksudnya...hahahahhaa...Dah la...

Sebenarnya aku nak cerita sikit pasal PEREMPUAN....:D

Hadis nabi ada menyebut:-
Rasulullah S.A.W bersabda:Wanita adalah hiasan didalam dunia.Seindah hiasan adalah wanita solehah(Hadis riwayat Muslim)

Nampak tak??Kepentingan wanita dalam dunia??

Dalam islam,Wanita dipecahkan pada beberapa fungsi iaitu:

1)Sebagai fitnah dan musuh jika tidak didik kelandasan yang betul
2)Sebagai ujian pada lelaki dalam menjalani kehidupan ke akhir hayat
3)ANUGERAH ILAHI PADA LELAKI YANG MENCARI KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP.

Fuyooooooooooo....aku cerita pasal agama...haha....bukan nak poyo or belagak macam budak surau...geng tabligh what so on...sekadar berkongsi:)

Wanita dicipta dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S setelah nabi adam dilihat kesunyian berada didalam syurga...(Patutlah lelaki dan wanita SALING MEMERLUKAN)

Ok lah...bayangkan perempuan menjadi tulang rusuk yang bengkok....Tulang rusuk keras kan...Kalau MEMAKSA tulang rusuk tadi untuk menjadi lurus...apa yang jadi??Patah la kan...Macam tu lah ibaratnya seorang WANITA....Faham??Nak lebih Detail??
OK....Seorang wanita yang rosak akhlaknya...kita nak bentuknya semula...Tak boleh memaksa,Jadi kita buat secara perlahan-lahan...InsyaAllah berubah lah dia....

Mesejnye disini walaupun tak berapa kene dengan tajuk,Pada korang2 yang ade GADIS2 kat luar tu,Pandai2 lah ye:)
PILIHAN HATI AKU?
NANTI LAIN TAHUN AKU CERITA...:D
SALAM:)

Coretan Seoarang Anak...

Assalamualaikum:)
Tadi aku keluar jalan-jalan ke Seremban.Memang seronok.Keluar dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa,dengan kawan.ENJOY la orang kata...So dalam pukul 1 pagi tadi aku pon balik.On the way aku nak balik dari rumah,aku ternampak seorang pak cik tengah mengemas kedai dia untuk closing lah kot.Tiba-tiba aku teringat kat Ibu ngan Ayah aku.TERSENTAK LA orang cakap..Korang pernah terpikir macam mana susahnye dorang nak menyara kita adik beradik?

Kat situ aku nmpak,betapa susahnya pakcik tu berusaha keras,dah lewat malam baru dia berkemas..Itu baru dari external je orang cakap,kalau internal??Dia sakit ke,,demam ke,,ape ke,,sape yang taw??Semua tu demi sape?mesti demi anak bini dia yang ade kat rumah..Ya Allah,Besar pengorbanan mereka Yang bergelar IBU & AYAH,MAMA & PAPA,ABI & UMI,EMAK & ABAH and so on...Memang tak terbalas jasa dorang kat kita kan...

Korang sayang tak parents korang?
Korang kesian tak kat parents korang?

Jomlah aku share sikit pasal ibu dan ayah..Tahukah korang..."tanpa mereka,siapalah kita?"
Tapi budak-budak zaman sekarang ni update kat facebook tanpa kau siapalah aku....tanpa kau aku tak boleh hidup dan aku tak boleh hidup tanpa kau??Dorang tak sedar ke yang sepatutnya dorang kene ungkapkan perkataan tu hanya pada IBU & BAPA?i meen pada usia semuda kita ni la...pelik la kan...
Yela,name pon dunia akhir zaman,so faham je la....

Satu lagi,korang perasan tak kes hantar IBU & BAPA kerumah orang-orang tua?Patut ke?
Dorang bela kita dari tapak kaki sebesar 2 jari,bila dah besar men buang2 je orang tua kita...Nauzubillahiminzalik,Takut aku...yelakan,takut aku pulak terbuat macam tu..aku pon manusia...mmg tak kan lepas dari salah dan dosa...Tapi insyaAllah,sebab sekarang ni aku tinggal sekali dengan nenek aku...kat sini lah aku belajar macam mana nak berhadapan dengan orang yang dah meningkat usia..Ibu aku selalu pesan kat aku....ORANG TUA NI IBARAT AL-QURAN BURUK,NAK DIABACA DAH TAK NMPAK...NAK DIBUANG BERDOSA,JADI SIMPANLAH DAN JANGN CUBA2 NAK BUANG...

INSYAALLAH BU,ORANG INGAT PESAN IBU SAMPAI BILA-BILA....:)

SALAM:)

Monday, 5 December 2011

PENCURI TAK GUNA!!

KAU LAH MANUSIA YANG TAK GUNA DAN DURJANA.....
Dah la kau pecah masuk rumah sewa aku dan teman sepermainan,then kau SEPAH,SEPAH,SEPAH kan rumah kitorang....
APA KAU INGAT KITORANG UPAH TUKANG GAJI KE?
BENGONG!!
Maka hilanglah kuda kawan aku yang selalu dia gunakan untuk mencari ilmu...
MAK AYAH TAK AJAR KE?MEROMPAK,MEMECAH RUMAH,MENYAMUN TU SEMUA SALAH?
Manusia jenis apelah korang ni...
CAKAP TAK GUNA,SEPAK TAK KENE,BENDE PON DAH LAME KAN....
Tak pe,Aku doakan "SAPAI MAPUH HIDUP MU TAK SENEY PENYAMUN"......


Patut ke tulis macam ni??
Teruk mulut aku ni kan...Sepatutnya kalau dah jadi hal yang macam ni,kita mohon doa pada ALLAH...supaya si mat karung guni tu akan diperkenankan hidayah dan berubah....Tak sangka pulak rumah sewa kitorang boleh dirompak kan...Yelah,ORANG TUA CAKAP,BUKAN AKU CAKAP,MALANG TAK BERBAU,MENCEGAH SEBELUM TERLAMBAT...haa...ni da terlambat la ni...kesian si faris kawan aku...hilang motosikal dia..kan dah susa nak ulang alik balik rumah dari port dickson,nak ulang alik dari politeknik ke rumah sewa....Tak pelah encik penyamun,tak kene kat batang hidung sendiri,korang mesti suka...TAPI INGAT,DUNIA ADA HUKUM KARMA,BAIK DIBALAS BAIK,JAHAT SEANGKATAN DENGANNYA.Cuma masa yang akan tentukan bila korang pulak akan rasa macam mane yang kitorang rasa...Pada FARIS,banyak2 lah bersabar,bukan aku yang curi taw...haha:D